Cara Betul Untuk Kumpul Bitcoin

Bitcoin dilombong dari internet. Bitcoin dicipta oleh seorang programmer. Jadi nak mendapatkan bitcoin perlu ada code programming yang kita install dalam mesin mining.

Untuk mining bitcoin, semua company atau individu bersaing untuk mendapatkan bitcoin dengan menyelesaikan masalah matematik yang terdapat dalam algorith coding tersebut. Coding tersebut jugak menetapkan hanya ada 21 juta bitcoin yang akan wujud. Jadi bitcoin adalah bersandarkan kepada matematik.

Kita perlu masa dan tenaga sama seperti kita melombong emas. Maka Bitcoin boleh dianggap seperti emas Maya pada ketika INI..

Wang fiat pada asalnya bersandarkan pada emas. Tapi makin hari, oleh sebab manusia yang mencetak wang fiat, wang kertas terus dicetak sehingga melebihi reserve emas yg disimpan oleh sesebuah negara.

Ianya tidak lagi bersandarkan pada nilai emas tapi telah berdasarkan hutang. Dengan kata mudah, saya cetak dulu wang nanti sy bayar balik walaupun saya tak de emas sekarang. Akibat nya terjadilah inflasi.

Emas tidak boleh di duplicate.. Bitcoin juga tak boleh di duplicate.. dan tidak boleh double spending… Kita tak boleh guna pendrive untuk copy..setiap bitcoin ada unik kod..sebab apa?

Bitcoin tu tercipta atas sebab matematik. Tapi duit kita boleh copy. nak print duit palsu pun boleh. Kalau org tak sedar boleh je pakai. Betol? Tapi bitcoin tak boleh di duplicate kerana segala code Dan maklumatnya boleh dikenalpasti Dan direkodkan di block chain.

Dari segi pertukaran tangan, memandangkan bitcoin bukan emas, jadi hadis di atas telah menjelaskan, jika jenisnya berbeza bertukar la tangan ke tangan.

Selagi mana ianya dapat dilakukan secara telus. Jadi bitcoin termasuk dalam hal ni. Jika nak transaksi bitcoin sama jugak macam kita transaksi duit dari maybank ke cimb.

Kiranya nak buat kiriman wang keluar negara ramai juga yang menggunakan perkhidmatan western union. Ambil masa nak transfer dari maybank ke cimb. Begitu juga dgn khidmat perantaraan seperti western union. Begitu juga yang berlaku dalam transaksi bitcoin.

Tetapi ianya malah lebih mudah dilakukan tanpa perantara. Boleh dilakukan terus transaksi bitcoin from person to person walaupun Dari jarak yang jauh. Kalau guna kad debit bitcoin, dalam kad bitcoin terus kena potong. Sama macam kita guna kad debit bank.

Tapi kewujudan bitcoin adalah lebih mulia sebab bitcoin tu di lombong secara Maya berdasarkan kebolehan sistem menyelesaikan masalah matematik. Manakala wang fiat dicetak berdasarkan nafsu manusia dan hutang. Jadi kenapa kita masih tak boleh terima bitcoin sebagai duit.

Kita tak nafikan emas tu bagus..mmg dalam al quran ada sebut akhir zaman akan gunakan emas. Tapi kehadiran emas masih belum praktikal utk digunakan sebagai wang.

Jika emas hendak dijadikan wang tak ramai sekarang ni yg suka berurusan jual beli dgn menggunakan emas. Ini kerana nilainya sukar ditentukan mengikut kehendak jual beli semasa..

Pergantungan terhadap wang masih diperlukan. Bagaimana pula bitcoin disimpan?jika wang asal menggunakan dompet,begitu juga dgn bitcoin…
Dengan menggunakan wallet digital seperti blockchain,luno,xapo dan lain2 lgi..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *