Bila BITCOIN Digunakan Di Malaysia


Untuk Malaysia menerima cryptocurrency persoalannya adalah “BILA?” .. bukannya “KALAU” terutamanya Bitcoin.

Kalau diikutkan kenyataan yang dikeluarkan oleh BNM ataupun sektor/badan kerajaan di Malaysia belum ada mana-mana pihak yang menyekat penggunaan cryptocurrency mahupun Bitcoin secara rasmi di Malaysia ini.

Cryptocurrency dan Bitcoin tertakluk dibawah bidang teknologi blockchain ataupun lebih spesifik dikategorikan sebagai Fintech (Financial Technology). BNM harus mengeluarkan kenyataan rasmi tentang cryptocurrency ini. Dengan mengambil langkah mudah menyenaraikan sebagai “unlicensed activities” dan duduk diatas pagar dengan keputusan menjadikan Bitcoin sebagai legal tender ataupun klasifisikan sebagai digital assets harus dibuat dengan segera sebelum Malaysia lebih jauh ketinggalan dari negara-negara lebih laju di rantau ini seperti Singapore, Thailand, Philippine, Vietnam ataupun Indonesia.

Memang ada dikeluarkan peringatan oleh BNM mengatakan mana-mana individu yang melibatkan diri dalam “unlicensed activity” company, cryptocurrency mahupun bitcoin wajib membuat research dan risiko ditanggung oleh individu tersebut sendiri. ( http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_announcement&pg=en_announcement&ac=49&lang=en )

Kalau diikutkan dari perkembangan semasa dan penerimaan cryptocurrency di Malaysia kita sedang mengalami transformasi kearah dunia digital untuk tahun 2017 selaras dengan pelantikan Jack Ma sebagai penasihat digital untuk kerajaan Malaysia oleh Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Bin Razak. ( http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jack-ma-dilantik-penasihat-ekonomi-digital-kerajaan-malaysia-1.403805 ) .

MDEC juga telah memainkan peranan sangat penting dengan menjemput founder Ethereum iaitu Vitalik Buterin sebagai speaker untuk workshop pertama MDEC bertajuk “introduction to blockchain”. ( https://www.meetup.com/FINNOVASIA-KL/events/235773877/ ) . Kita akan dapat melihat berbagai-bagai acara dan seminar berkaitan Bitcoin, blockchain dan cryptocurrency bakal diadakan di Malaysia untuk tahun 2017 ini.

ATM machine wujud lebih awal di negara UK untuk pertama kali pada tahun 1972 di Lloyds Bank di UK. ATM machine ini dibangunkan oleh IBM yang salah satu syarikat teknologi yang juga memberikan sokongan penuh 100% terhadap teknologi blockchain ini. ( http://fortune.com/2016/09/28/blockchain-banks-2017/ ). Beberapa prototype dan application menggunakan blockchain telah dibangunkan oleh IBM buat waktu ini dan bakal memasuki pasaran dalam tahun 2017 ini untuk digunakan oleh bank-bank sebagai system backend menggantikan konventional server system sebagai rekod transaksi kewangan.

Setelah hampir 20 tahun diperkenalkan buat pertama kali di UK, barulah pada awal tahun 1990an ATM wujud di Malaysia. Mobile phone juga wujud lebih kurang 1 dekad awal di beberapa negara membangun seperti UK, US dan EUROPE sebelum Malaysia nampak keperluan penggunaannya buat rakyat Malaysia dengan kemunculan beberapa syarikat TELCO yang bertapak dan tumbuh bagai cendawan. Internet juga telah wujud lebih awal dan digunakan secara meluas oleh negara membangun sebelum rakyat kita tak boleh hidup tanpa internet buat masa kini.

Cryptocurrency adalah evolusi kepada system pembayaran sistem kewangan. Ianya adalah evolution untuk menyimpan nilai asset ke dalam bentuk yang lebih selamat, transparent dan nyahberpusat berbanding mana-mana system kewangan yang pernah wujud sebelum ni. Duit bermula dari sistem barter lembu, dari lembu kepada emas, dari emas kepada syiling, dari syiling kepada surat hutang/bond, dan dari surat hutang/bond kepada “fiat” ataupun digelar “paper money” . Dari paper money evolusi seterusnya adalah digital money ataupun cryptocurrency. Cryptocurrency adalah satu system pembayaran yang mampu diguna pakai seluruh dunia tanpa sempadan dan diskriminasi. Fiat sudah mengalami zaman-zaman akhir dan ini akan berlaku dalam zaman kita hidup SEKARANG ini dan BUKANNYA 10 tahun.. ataupun 100 tahun dari sekarang.

Mengikut ramai kata-kata pakar kewangan dunia tentang duit fiat yang kita gunapakai sekarang akan mengalami kepupusan dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Untuk membolehkan cryptocurrency bakal dijadikan sebagai matawang utama perlu penglibatan menyeluruh melalui gerakan masyarakat dan juga pihak pemerintah. Seperti di India, Perdana Menteri mereka iaitu Narendra Modi telah memulakan “cashless society” di negara mereka pada tahun ini 2017. ( http://www.trunews.com/article/indias-pm-defends-shift-to-cashless-society ).

Banyak negara telah mengambil langkah serious dalam “inventing” ataupun “adopting” cryptocurrrency, blockchain mahupun bitcoin itu sendiri. Negara China akan melancarkan Chinese CryptoCurrency (LCF COIN) pada March 8 3017 walaupun terdapat beberapa kontroversi tentang cryptocurreny tersebut. Cryprus pula telah melancarkan Aphroditecoin, Scotland dengan Scotcoin, Iceland dengan Auroracoin, Spain juga memiliki Spaincoin, Greece juga dengan Greececoin, Ireland dengan Gaelcoin dan Irishcoin dan termasuk Israel juga mempunyai Isracoin, dan lain2 lagi crypto yang terlalu banyak untuk kita menilai dan fahami semuanya. Di negara yang banyak gurun dan padang pasir seperti di Afrika, South Afrika akan melancarkan currency mereka iaitu Africoin pada 28th Feb 2017 ini. Tunisia juga bakal melancarkan eDinar sebagai National Digital Currency mereka. ( http://www.the-blockchain.com/2015/12/28/tunisia-to-replace-its-national-digital-currency-edinar-with-blockchain-driven-monetas-currency/ ) .

Terlalu banyak nak diceritakan mengenai perkembangan teknologi blockchain dan cryptocurrency ini kerana setiap hari ada sehaja berita dan maklumat dan ianya berkembang pesat terutama dalam dunia digital skrg ni. Sesiapa yang menyimpan cryptocurrency sebenarnya dah hidup 3 tahun awal. Ini kerana dijangkakan kemuncak penggunaan blockchain secara meluas adalah pada tahun 2020 iaitu selari dengan gerakan secara National di negara Dubai dan juga penglibatan penuh oleh pihak pemerintah iaitu Prince Crown of Dubai dan juga Chairman of Dubai Executive Council yang mahu kesemua dokumen2 kerajaan di Dubai disimpan di blockchain secara 100% dan menggunakan teknologi “Smart Contract”. ( http://emirates-business.ae/dubai-to-use-blockchain-tech-for-all-govt-documents-by-2020/ ).

Jadi berbalik kepada semua yang memiliki atau terlibat dalam cryptocurrency, blockchain, bitcoin ini sebenarnya hidup 3 tahun lebih awal menggunakan teknologi yang bakal digunakan oleh seluruh dunia. Perbezaan lain adalah, jika kita melibatkan diri dalam tempoh sekarang adalah dikenali lebih sebagai “Investor” dan apabila mula melibatkan diri pada tahun 2020 akan dikenali sebagai “user”. Jadi tanya diri anda semua, adakah anda mahu menjadi “investor” atau menjadi “user” tepuk dada tanya hati masing-masing dan tahap intelektual masing2. *🚀GBN*

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *